Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, lelaki berusia 34 tahun terbabit bertindak dalam keadaan mabuk selepas minum minuman keras.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Zaldino Zaludin berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat yang diterima, suspek dikatakan menjerit memberitahu dia sudah membakar rumah tersebut sehingga didengari jirannya.

“Siasatan mendapati lelaki itu membakar ruang tamu rumah dipercayai akibat tertekan kerana dibuang kerja. Suspek telah ditahan polis pada pukul 11 malam di kediaman tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Zaldino, suspek yang sebelum ini bekerja di sektor swasta disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Azmi Hamid berkata, pihaknya yang menerima panggilan pukul 8.37 malam berjaya memadamkan api dalam tempoh 45 minit.