Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Komisioner Mohd. Rozi Jidin, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi di Taman Angsana, Pokok Sena dekat sini.

“Tuan rumah itu yang merupakan seorang lelaki berusia 32 tahun dan tinggal berseorangan, menyedari kehadiran lelaki berusia 21 tahun tersebut memasuki kawasan rumahnya melalui pintu pagar depan sebelum cuba membuka pintu utama.

“Melihatkan kejadian itu, tuan rumah menjerit ke arah penceroboh lalu mengejar dan menangkapnya. Berlaku pergelutan antara mereka sebelum tuan rumah itu membakar motosikal jenis Yamaha LC milik si penceroboh,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan, khianat dengan api. - UTUSAN ONLINE