Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang di sekitar Kajang, semalam.

Menurutnya, hasil keterangan pengadu, ketika kejadian, beg tangan mangsa diletakkan di belakang jemaah sebelum menyedari beg itu hilang selepas dia selesai solat.

“Ketika ditahan, kita juga merampas beg tangan dipercayai milik mangsa. Hasil pemeriksaan awal mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah.

“Suspek ditahan reman empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE