Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Air Tawar, Mohamad Azlan Mahayidin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.30 tengah hari.

Katanya, lelaki yang berusia lingkungan 30-an itu mengurung dua anak lelakinya di dalam rumah dan membuka injap tabung gas untuk membakar kediaman mereka.

“Anggota bomba berjaya masuk dari bahagian belakang rumah dengan mengumpil pintu belakang untuk menyelamatkan mereka. Usaha memujuk mangsa mengambil masa 15 minit sebelum mereka dibawa keluar rumah,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan dan dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia tujuh dan lapan tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Azlan, mangsa dipercayai mahu membunuh diri kerana kecewa setelah isterinya pulang ke Vietnam dan mangsa juga dipercayai mahu minum racun. - UTUSAN ONLINE