Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki bunuh abang direman

bunuh abang
Lelaki yang dipercayai membunuh abangnya dalam pertengkaran di Sama Gagah, Permatang Pauh dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk mendapatkan perintah tahanan reman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE/Gambar Rakan Media

BUKIT MERTAJAM 15 Mei - Seorang lelaki yang dipercayai membunuh abangnya dalam satu pertengkaran di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh direman empat hari sehingga 18 Mei ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Nur Hapipah Abdullah bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berusia 48 tahun itu sebelum itu dibawa ke mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan berbaju lokap berwarna ungu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi semalam, mangsa Lim Poh Hou,59, maut di tempat kejadian selepas dipercayai dihentak menggunakan alat pemadam api. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain