Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lelaki bogel ceroboh masuk rumah dibelasah orang awam

PADAWAN 15 Jun – Tindakan seorang lelaki yang berbogel dan cuba menceroboh rumah di Taman Kuching City Mall, Jalan Batu 4 di sini mengundang padah apabila dia dibelasah orang awam sebelum diserahkan kepada polis semalam.

LELAKI yang cuba menceroboh masuk rumah di Taman Kuching City Mall, Padawan cedera selepas dibelasah orang awam yang menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis, kelmarin. IHSAN PDRM

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, suspek berusia 21 tahun dikatakan menunggang sebuah motosikal dalam keadaan tidak berpakaian sebelum bertindak memanjat pagar sebuah rumah di taman perumahan berkenaan.

Menurut sumber, selepas menyedari kehadiran suspek, penghuni rumah terlibat menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun suspek berjaya ditangkap orang awam yang kebetulan melalui kawasan perumahan itu selepas berlakunya pergelutan antara mereka.

“Orang awam kemudian mengikat kaki dan tangan suspek menggunakan tali sebelum menyerahkannya kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintenden Aidil Bolhassan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu suspek berasal dari Taman Samarindah, Kota Samarahan.

“Suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut dan disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” jelasnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain