Polis mencari lelaki berpakaian pengebom berani ketika menghadiri parti di Damansara Perdana dekat sini 28 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, lelaki tersebut didapati menaiki lif di sebuah kondominium ketika menghadiri parti Halloween.

Menurutnya, tindakan lelaki berkenaan menimbulkan kegusaran penduduk setempat kerana berpakaian sensitif terhadap pandangan umum.

“Polis menerima laporan daripada penduduk di kawasan tersebut hari ini. Berdasarkan maklumat lelaki tersebut berkemungkinan dari negara Arab atau India berdasarkan perwatakan dan gambar yang diberikan penduduk dan suspek kini giat dikesan,” katanya.

Mohd. Zani berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung lelaki itu boleh menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE