Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, dalam kejadian 10 pagi itu suspek berusia 36 tahun memandu kereta jenis Proton Satria dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Felda Tembangau dekat sini.

Katanya, bagaimanapun, apabila tiba lokasi kejadian, sebuah lori dari arah bertentangan menghimpit kenderaan lelaki itu menyebabkannya terbabas ke tepi jalan.

“Suspek berpatah balik dan mengejar lori itu sehingga ke pos pengawal di ladang Pelanting Jernih. Dia memarahi pemandu lori berusia 22 itu tahun dan rakannya sebelum cuba menyerangnya dengan sebatang besi.

“Mangsa yang juga pengawal keselamatan berjaya melarikan diri dan meninggalkan lorinya. Suspek kemudian datang dengan membawa sebilah parang dan sebotol minyak petrol lalu membakar lori berkenaan,” katanya.

Muhd Nur Hishamuddin berkata, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Ayer Hitam di sini dan berikutan itu suspek ditahan di rumahya pada pukul petang hari kejadian.

Lelaki yang merupakan pesakit psikiatri itu direman selama empat hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE