ZAINUDIN AHMAD
ZAINUDIN AHMAD

Selain dipukul dengan tali pinggang yang biasa digunakan oleh tentera, ditendang dan dipijak hingga terkencing, murid Sekolah Kebangsaan Lukut itu juga dipercayai digigit di leher oleh suspek.

Ketua Polis daerah, Superintenden Zainudin Ahmad berkata, sus­pek berusia 38 tahun itu me­ngaku mela­kukan per­buatan itu ketika so­al siasat polis.

“Dia juga mengaku mengarahkan mangsa melakukan tekan tubi sebanyak 500 kali.

“Perbuatan itu dipercayai dila­kukan olehnya se­­jak awal tahun lalu de­ngan alasan mang­sa seorang kanak-ka­nak yang degil,” katanya di sini hari ini.

Nur Aina Nabihah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban pada 31 Januari lalu selepas tidak sedarkan diri di kediaman keluarga itu di Taman Vista Jaya dekat Lukut di sini.

Berdasarkan keputu­san bedah siasat oleh hospital tersebut, mangsa meng­alami kecederaan parah pada organ dalaman se­perti buah pinggang putus, hati koyak, lebam dalaman pada usus serta tulang rusuk kiri dan kanan patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul.

Berikutan itu, polis telah menahan bapa kan­dung dan ibu tiri mangsa pada 1 Februari lalu bagi membantu siasatan di ba­wah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Zainudin memberitahu, ke­dua-dua suspek tersebut dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Port Dickson, Selasa ini.