Majlis yang diadakan sempena peringatan Hari Polis ke-212 yang akan disambut pada 25 Mac itu dihadiri Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau yang hadir kira-kira pukul 7 malam tadi menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum menyertai bacaan Yasin dan tahlil bersama pegawai serta anggota PDRM, diikuti solat isyak dan makan malam.

Majlis yang berlangsung selama kira-kira tiga jam itu turut dihadiri pucuk pimpinan, kakitangan serta ahli keluarga warga PDRM.- UTUSAN ONLINE