Laporan itu dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ir. Khairuddin A. Rahim di pejabat SPRM negeri di Kempas di sini sebentar tadi.

Menurut Khairuddin, penyelewangan tabung amanah itu dipercayai melibatkan perbelanjaan mencurigakan membabitkan lawatan kerja ke London, United Kingdom oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri yang dibuat agensi pelancongan bernilai RM822,640.

“Sejak 2013 sehingga November 2018 tabung ini telah menerima hasil sebanyak RM537,317,984 dan daripada tempoh itu sebanyak RM364,535,160 telah dibelanjakan.

“Sepanjang pengeluaran dana daripada tabung tersebut, kita dapati ada satu transaksi yang begitu mencurigakan oleh kerajaan terdahulu iaitu lawatan ke London melibatkan perbelanjaan sebanyak RM822,540 dan dipercayai digunakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan berkenaan bertujuan membolehkan pihak terbabit melakukan siasatan lebih terperinci berhubung dakwaan itu. - UTUSAN ONLINE