Perintah reman tersebut bermula dari tarikh tangkapan iaitu semalam sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, sebanyak 68 lelaki warga China ditahan sejurus kejadian namun 60 daripadanya dibebaskan hari ini selepas proses dokumentasi dijalankan.

“Bagaimanapun, kita menahan lapan daripada suspek untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 143/353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Siasatan masih dijalankan dan setakat ini kita percaya kejadian tersebut terjadi akibat salah faham,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam, pasukan polis yang terdiri daripada tujuh anggota berpakaian preman juga terpaksa melepaskan empat das tembakan ke udara bagi menga­wal keadaan selepas diserang oleh warga asing terbabit.

Difahamkan, tujuh anggota terbabit ingin menjalankan pe­meriksaan selepas menerima maklumat mengenai kegiatan judi berkenaan ketika sedang me­lakukan rondaan.