Dalam serbuan kira-kira pukul 5.50 petang itu, polis ternampak sekumpulan wanita sedang berkumpul dan disyaki bermain judi sebelum merampas 52 keping kad daun terup, tujuh buah kerusi plastik, satu meja buoat dan wang tunai sebanyak RM17,270.

 Ketua Polis Daerah SPT Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, lokasi tersebut adalah kawasan terbuka di pasar awam dan mereka yang ditahan berusia antara 51 hingga 75 tahun.

 "Hasil serbuan terbabit kita menahan lapan wanita termasuk enam warga emas kerana bermian judi di kawasan terbuka dan merampas pelbagai barangan termasuk wang tunai.

 "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan kesemua mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut," ujarnya. - UTUSAN ONLINE