Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Nor Zainy Mohd. Noor berkata, suspek berusia 38 tahun itu diberkas di sebuah rumah di Jalan Pekan Darat, Permatang Tok Jaya di sini oleh sepasukan anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) kira-kira pukul 9 malam.

Ujarnya, pemeriksaan di sebuah bilik di dalam rumah berkenaan menemukan tiga paket plastik lutsinar dan satu keratan penyedut minuman berisi bahan disyaki dadah heroin seberat 117.4 gram serta satu paket plastik lutsinar dan dua keratan penyedut minuman disyaki berisi syabu seberat 1.8 gram.

“Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM3,500 yang dipercayai akan dijual kepada penagih di sekitar kawasan Butterworth,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, suspek yang mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik itu turut positif dadah jenis AMP dan kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akata Ddah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 15(1) (a) akta sama,” katanya. - UTUSAN ONLINE