Beliau berkata, tindakan telah diambil namun enggan mengulas lanjut mengenai pertukaran tersebut.

“Kita akan terus giat membanteras aktiviti perjudian di negara ini dan jika ada keperluan, saya sendiri akan turun padang menyertai serbuan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Perasmian Kursus Komunikasi Profesional di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Lumpur di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE