Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Norzainy Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 49 tahun itu diberkas menerusi serbuan sepasukan anggota Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Jalan Pokok Tampang, Tasek Gelugor, di sini kira -kira pukul 12.30 pagi tadi.

Ujarnya, pemeriksaan terhadap suspek menemukan satu beg kain berzip berwarna putih mengandungi satu paket plastik lutsinar dan lima keratan penyedup minuman disyaki berisi dadah heroin seberat 22 gram yang dianggarkan bernilai RM600.

"Polis percaya dadah berkenaan mahu dijual kepada penagih di kawasan sekitar manakala ujian air kencing terhadap suspek pula positif dadah," katanya, di sini hari ini.

Ujarnya, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta sama.

Beliau memberitahu, tangkapan terbaharu itu menjadikan seramai empat orang buruh ditahan di SPU sepanjang bulan ini kerana disyaki mengedar dadah. - UTUSAN ONLINE