Menurut Pengarah DM11 , Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah, bot tersebut telah dikesan dan ditahan kira-kira pukul 10 pagi.


“Setelah diperiksa, didapati seramai 8 orang awak-awak berserta tekong Vietnam berusia lingkungan 16 hingga 45 tahun sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan rawai.


“Dianggarkan juga terdapat kira-kira 3 tan pelbagai jenis ikan terdapat di dalam bot ini,” katanya ketika sidang akhbar  di jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas hari ini.


Tambahnya, kesemua mereka telah ditahan dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.-UTUSAN ONLINE