Bot berkenaan dikesan oleh sebuah kapal ronda APMM kira – kira 60 batu nautika dari dari daerah ini ketika sedang melaksanakan Operasi Perkasa Timur di perairan pantai timur.

Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, tekong gagal mengemukakan dokumen berkaitan bot dan kesemua enam awak–awak tiada pengenalan diri yang sah.

Bot bersama mereka yang berumur antara 23 tahun sehingga 61 tahun itu tiba di jeti APMM Kemaman kira – kira pukul 10 pagi tadi.

“Mereka akan disiasat dibawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana menceroboh perairan Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, bot berserta peralatan menangkap ikan dan hasil laut dianggarkan bernilai RM500,00 disita untuk proses siasatan. - UTUSAN ONLINE