Perintah reman ke atas suspek berusia 44 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie pagi ini.

Permohonan reman dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Faliq Basirudin bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dijalankan.

Suspek bersama 11 anggota yang direman Selasa lalu dipercayai melakukan perbuatan itu ketika bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sekitar negeri ini dengan menerima transaksi wang secara berkala iaitu harian, mingguan dan bulanan bertujuan melindungi pesalah bagi kes dadah di bawah akta berkenaan.

Tangkapan terbaharu yang dilakukan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud, semalam, menjadikan jumlah suspek ditahan sebanyak 13 orang melibatkan 12 tangkapan di Sabah dan seorang di Sibu, Sarawak antara pukul 2 petang hingga 8 malam.

Operasi tangkapan di negeri ini melibatkan 10 suspek di Kota Belud, seorang di Kota Kinabalu dan seorang di Beluran. - UTUSAN ONLINE