Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd., berkata, kedua-dua warga asing berusia 35 tahun itu ditahan petang semalam, manakala lelaki tempatan berusia 48 tahun yang merupakan majikan warga asing itu ditahan pukul 1.30 petang ini.

"Polis sudah mengenal pasti suspek utama dan sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini.

"Hingga kini seramai tujuh lelaki warga Bangladesh ditahan bagi membantu siasatan, manakala lelaki tempatan itu akan disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE