Ketua Polis Daerah, Superintenden Ng Kong Soon berkata, mereka hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar pada pukul 10 malam selepas diminta berbuat demikian oleh pegawai penyiasat polis.

“Selepas semua keterangan direkodkan, mereka telah dibebaskan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan membahayakan nyawa atau keselamatan diri dan orang lain,” katanya di sini, hari ini.

Rakaman video berdurasi 60 saat aksi kumpulan tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Super8, dengan memasang Jalur Gemilang di papan tanda perkataan IPOH, tular di laman sosial, baru-baru ini.

Salah seorang ahlinya yang hanya mahu dikenali sebagai Faiz Paeh, mengakui dia merupakan antara kumpulan remaja yang memanjat papan tanda perkataan ‘IPOH’ di Jalan Kuala Kangsar di bandar raya Ipoh pada Januari lalu. - UTUSAN ONLINE