Kumpulan tersebut mula berkumpul kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan turut membawa sepanduk bagi membantah pemindahan kuil tersebut.

Seorang daripada mereka yang juga wakil Pertubuhan Malaysia Tamilar Munetra Kalagem, Eshrari Subramaniam berkata, mereka mahu tapak kuil dikekalkan.

"Kuil ini sudah dibina sejak 147 tahun yang lalu dan kami mahu tapak ini kekal.

"Jadi kami datang beramai-ramai pada hari ini adalah sebagai bantahan dan memohon kerajaan mengekalkan tapak ini,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Antara tulisan yang tertera di sepanduk yang mereka bawa ialah ‘Jangan padamkan sejarah 147 tahun’ dan ‘Hormati hak asasi Hindu (Tamil) Malaysia’. - UTUSAN ONLINE