Anggota polis itu turut dilihat mengangkat beberapa kotak dari kediaman itu yang dikatakan me­ngandungi barangan milik Najib.

Turut kelihatan empat kende­raan polis dan satu van Nissan ber­ada di hadapan kediaman terbabit bersama beberapa anggota polis berpakaian preman.

Mereka dikatakan berada di lokasi terbabit sejak awal tengah hari.

Menurut sumber, beliau melihat polis berada di lokasi terbabit sejak beberapa hari lalu.

‘‘Rumah kosong ini merupakan kediaman kuarters di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri,’’ katanya.

Sementara itu, pasukan JSJK sama dikatakan turut menyer­bu satu lagi rumah kuarters di Presint 11 pukul 3 petang ini, bagaimanapun perkara itu belum disahkan oleh pihak terlibat.

JSJK sebelum ini telah menyer­bu kediaman peribadi Najib di Jalan Langgak Duta dan beberapa kondominium mewah di Pavilion Residences di ibu negara.