Pegawai Penguatkuasa Kanan PPDNKK Negeri, Azizul Rahman Sapahin, serbuan itu dilakukan pihaknya kira-kira pukul 2 petang selepas menerima aduan awam mengenai penjualan barangan tiruan di premis-premis terbabit.

"Dalam serbuan di premis pertama, kita berjaya merampas kira-kira 356 barangan tiruan jenama Adidas yang dianggarkan RM17,884. Kemudiannya kita merampas 497 barangan yang sama di premis kedua dan ketiga dengan nilai keseluruhan RM21,628.

"Kita percaya kesemua barangan tersebut diperolehi dari negara jiran dan dijual pada harga di antara RM20 hingga RM50 di pasaran tempatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Azizul, pihaknya tidak menolak terdapat permintaan untuk barangan tiruan tersebut kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang asli yang mencecah ratusan ringgit.

Kesemua barangan itu ketika ini disimpan di stor PPDNKK Selangor untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dikenakan hukuman hukuman denda RM15,000 bagi pesalah syarikat dan RM10,000 bagi pesalah persendirian atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE