Dalam serbuan pukul 12.30 tengah hari itu, pihak penguat kuasa merampas sebanyak 156 tong dengan 56 daripadanya berisi gas tersebut dan sebuah lori dengan nilai keseluruhan RM25,000.

Menurut Ketua Penguat Kuasa Cawangan KPDNKK Port Dickson, Firdaus Zakaria, siasatan mendapati pasangan berusia 50-an itu bersama seorang lagi saudara mereka menjual gas subsidi itu tanpa lesen kepada pengguna dan pengusaha restoran di sini sejak lebih setahun lalu.

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut terhadap pemborong yang membekalkan LPG terbabit dan mengenal pasti restoran yang membeli gas daripada mereka, " katanya dalam sidang akhbar selepas Ops Gasak di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Perintah 3(1), Perintah Kawalan Bekalan 1974 dan boleh dihukum di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. - UTUSAN ONLINE