Kang Chez Chiang

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang­­ Chez Chiang ber­kata, laporan awal air kencing kedua-dua mang­sa itu diterima petang kelmarin.

“Bagaimanapun kita sedang menunggu laporan darah dua warga asing berusia 32 dan 46 tahun ber­kenaan daripada Jabatan Kimia Jabatan Kimia untuk mendapatkan keputusan sebenar,” katanya ketika dihubungi di sini.

Difahamkan, polis juga masih menunggu laporan air kencing dua lagi lelaki yang didakwa me­ngalami simptom sama 4 Februari lalu dipercayai selepas meminum sejenis kopi segera yang diberikan seorang lelaki Bangladesh.

A. Thaiveegan
A. Thaiveegan

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan berkata, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi pembuangan sampah iaitu lokasi bungkusan kopi itu ditemukan oleh warga Bangladesh.

Jelasnya, siasatan kini menjurus kepada individu yang me­ninggalkan bungkusan kopi itu sebelum dibuang ke dalam tong sampah yang belum dikenal pasti.

“Polis masih mencari maklumat baharu mengenai bungkusan kopi tersebut dan meminta kerjasama daripada orang awam supaya menyalurkan maklumat tentang siapa yang membuang bungkusan kopi dan membawa­nya di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.