Tertuduh, Sa’dat Abdul Manab, 32, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azhar Fariz Ahmad Khairuddin.

Mengikut pertuduhan, Sa’dat yang bertugas sebagai Unit Peronda Lebuhraya didakwa mencuri wang tunai RM200 milik Muhammad Alif Shahar, 24, pada kira-kira pukul 4.40 petang, 13 Julai tahun lalu di Kilometer 243.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Kuala Kangsar dekat sini.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Azhar Fariz membenarkan tertuduh dibebaskan denagn ikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan. - UTUSAN ONLINE