AZMAN ADAM
AZMAN ADAM 

Dalam serbuan pukul 11 pagi itu, tujuh pegawai daripada PPDNHEP negeri bersama pegawai JPV dari Selangor dan Putrajaya melakukan serbuan di premis yang memproses produk tenusu antaranya susu pelbagai jenis, yogurt dan keju.

Difahamkan, syarikat diusahakan gabungan peniaga-peniaga tempatan dan warga asing itu beroperasi sejak tahun lalu.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, hasil risikan dilakukan JPV mendapati premis tersebut mempunyai logo halal daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) namun tidak mempunyai logo VHM.

"Oleh demikian, PPDNHEP bersama JPV melakukan serbuan dan mendapati syarikat ini langsung tidak pernah membuat permohonan mendapatkan logo perakuan, namun menggunakannya pada produk mereka.

"Dalam serbuan ini kita berjaya menyita 3,295 botol pelbagai jenis dan logo VHM tidak sah sebanyak 166,992 yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM21,300," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pegawai Veterinar Ibu Pejabat JPV Putrajaya, Dr. Mariati Daud Gan. - UTUSAN ONLINE