Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, sejumlah 11 kilogram emas dilarikan suspek terbabit yang menaiki sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Bezza.

Mereka dipercayai menunggu pekerja syarikat terbabit yang ingin membawa emas itu ke Kuala Lumpur sebelum merompaknya.

Sehingga pukul 1.30 petang tadi, anggota polis yang menjalankan siasatan masih berada di lokasi kejadian. - UTUSAN ONLINE