Laporan terhadap dakwaan Menteri Kewangan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang ini.

Guan Eng membuat tuduhan itu semalam pada sesi membentangkan Rang Undang-Undang GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat berkata, kerajaan akan berusaha melunaskan tunggakan tuntutan cukai input bagi GST mulai tahun depan.

Menurut beliau, tunggakan pembayaran bagi tuntutan cukai input GST sejak 1 April 2015 hingga 31 Mei lalu berjumlah RM19.4 bilion dan mengikut rekod Jabatan Kastam terdapat kira-kira RM18 bilion belum dibayar.

Khairy dalam twitternya menggesakan satu siasatan terbuka dibuat oleh polis dan mereka yang terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah.

Menurut Khairy, siasatan dalaman Kementerian Kewangan sahaja tidak memadai kerana dakwaan berkenaan sangat serius. - UTUSAN ONLINE