Perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Faizal Che Saad di Mahkamah Sibu hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berumur 42 tahun itu ditahan pada pukul 9.15 malam semalam di sebuah kedai makan di Sibu, Sarawak.

“Wang tersebut diminta suspek daripada pengadu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas kedai nombor haram miliknya,” katanya di sini hari ini.

Tambah sumber, suspek akan dibawa ke di Mahkamah Sibu pada 16 Oktober ini untuk sebutan lanjut. - UTUSAN ONLINE