Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Norhaidi Mat Yusop, 40, dan adiknya dipercayai terlibat dalam satu pertengkaran sebelum dia ditikam oleh suspek di bahagian belakang badan.

Mangsa dipercayai meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya akan memaklumkan pihak media mengenai kejadian itu dalam tempoh terdekat. - UTUSAN ONLINE