SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, suspek yang merupakan Ketua Cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Ibu pejabat Polis Daerah Lahad Datu ditahan Isnin lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

“Suspek disyaki telah bersetuju terima atau memperoleh wang tunai sebanyak RM20,000 iaitu RM18,000 dibayar pada 16 Ogos dan RM2,000 pada Isnin lalu dalam operasi perangkap daripada pengadu, seorang peminjam wang tidak berlesen, untuk tidak mengambil tindakan undang-undang dan sebagai bayaran perlindungan bulanan daripada pengadu.

“Suspek telah direman selama tujuh hari bermula semalam,” kata suruhanjaya itu.

Sementara itu, menurut suruhanjaya berkenaan, tiga lagi suspek akan direman hari ini. - UTUSAN ONLINE