MOHAMAD FUZI HARUN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Akta 304(c) Kanun Keseksaan selain menerima beberapa laporan polis daripada keluarga juruteknik Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya masih dalam proses mendapatkan laporan penuh daripada syarikat pesawat itu dan MAHB bagi merungkai punca sebenar kejadian tersebut.

“Kita sudah panggil juruterbang itu untuk memberi keterangan, syarikat terbabit juga sedang disiasat dan kita akan siapkan kertas siasatan secepat mungkin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui sebelum solat Jumaat sempena Hari Polis Ke-212 Tahun 2019 di Masjid Salehin, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Solat jenazah ghaib untuk mangsa yang terkorban dalam serangan ganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand turut dilakukan selepas solat Jumaat.-UTUSAN ONLINE