Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 27 hingga 40 tahun.


“Mereka kini direman selama dua minggu selain pasport mereka turut ditaha  untuk membantu siasatan kes itu yang dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Dalam kejadian pukul 3.15 petang semalam, mangsa R. Manogaran, 55, ditemukan mati dalam keadaan terlentang di bilik utama rumah berkenaan dengan sebilah pisau masih terpacak di perutnya.

Pemeriksaan awal oleh pasukan forensik mendapati terdapat 13 kesan tikaman di bahagian depan badan dan rusuk serta satu tikaman di bahagian belakang mangsa.


Mangsa yang tidak berkahwin tinggal bersama kira-kira 10 pekerja warga Myanmar di rumah berkenaan. - UTUSAN ONLINE