Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nor Azah Idris mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah di Kompleks Mahkamah Alor Setar, di sini hari ini.

Bapa dan anak yang berusia 15 dan 50 tahun tiba di pekarangan lokap kompleks mahkamah tersebut dengan menggunakan van polis kira-kira pukul 10.40 pagi sebelum dibawa keluar kira-kira pukul 12 tengah hari.

Tiada dalam kalangan ahli keluarga mereka yang hadir ke pekarangan lokap tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi semalam, murid pintar tersebut maut dalam keadaan cukup memilukan dengan bahagian sebelah kiri kepalanya mengalami kecederaan parah akibat terkena tembakan senapang patah di ruang tamu rumah datuknya di Kampung Empa, Mukim Derang, Pokok Sena.

Siasatan awal polis mendapati, tembakan itu dilepaskan secara tidak sengaja oleh suspek berusia 15 tahun.

Difahamkan senapang patah tersebut milik moyang mangsa yang berusia 80 tahun dan tinggal di kawasan berhampiran namun dipinjam oleh datuk mangsa bagi digunakan untuk menembak tupai.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd. Rozi Jidin berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE