Azam Baki
AZAM BAKI

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, ketika ini pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum

diserahkan kepada pihak pendakwaraya.

"Ada beberapa elemen siasatan lagi yang perlu kita perkemaskan dan kita tidak akan dedahkan nama-nama mereka yang bakal dituduh. Mereka (yang akan dituduh) adalah dalam kalangan yang pernah ditangkap dalam kes itu sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Operasi Bersama-sama Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani dan Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias di Hotel Puteri Pacific, di sini sebentar tadi.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Abd. Latif Bandi dan seorang perunding hartanah, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan rasuah melibatkan hartanah berjumlah lebih RM30.3 juta di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Abd. Latif, 51, dan Amir Shariffuddin Abd. Raub, 44, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd. Fauzi Mohd. Nasir. - UTUSAN ONLINE