Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, laporan itu sudah diserahkan kepada Unit Siasatan Khas Bukit Aman yang mengendalikan kes berkenaan.

“Polis akan mengambil tindakan ke atas individu-individu yang didapati mengeluarkan kenyataan melampau berhubung kes berkenaan.

“Kita telah mengumpul semua laporan yang dibuat di negeri ini dan siasatan akan dijalankan oleh Bukit Aman,” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Persatuan Pesara Polis Negeri Johor Darul Takzim Kali Ke-36 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini sebentar tadi.

Mesyuarat itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed. - UTUSAN ONLINE