Perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Mohd. Farid Nazzrin Ahmad selepas membenarkan permohonan polis bagi menjalankan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam Mahkamah Majistret di sini membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap enam suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes terbabit.

Setakat ini seramai 14 suspek semuanya berusia antara 16 hingga 26 tahun sudah ditahan di Pulau Pinang, Singapura dan Johor Bahru sejak kelmarin.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, Tan Aik Chai, 44, mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta BMW 520i dinaiki empat lelaki ketika mengisi angin keretanya di stesen itu bersama-sama seorang wanita warga Vietnam.

Mangsa yang tinggal di Taman Perling di sini ditikam sebelum dilanggar dan digilis kereta yang dinaiki suspek sebelum beredar dan Aik Chai mati di tempat kejadian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksinya awalnya memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap. - UTUSAN ONLINE