MOHD. KHALIL KADER MOHD.
MOHD. KHALIL

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, tangkapan itu menjadikan keseluruhan individu ditahan setakat ini seramai 13 orang.

"Hari ini Team Siasatan Khas PDRM telah menangkap lagi empat lelaki di kawasan Johor.

"Ini menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini seramai 13 orang berusia antara 16 hingga 26 tahun," katanya.

Sementara itu, enam daripadanya sudah direman bermula hari ini selama seminggu.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, mangsa, Tan Aik Chai, 44, mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta BMW 520i dinaiki empat lelaki ketika mengisi angin keretanya di stesen itu bersama-sama seorang wanita warga Vietnam.

Mangsa yang tinggal di Taman Perling di sini ditikam sebelum dilanggar dan digilis kereta yang dinaiki suspek sebelum beredar dan Aik Chai mati di tempat kejadian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam reaksinya awalnya memaklumkan, kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan dua kumpulan kongsi gelap.

Sementara itu, mayat mendiang yang ditempatkan di Nirvana Memorial Centre, Skudai dibawa ke Taman Peringatan Jelutong, Melaka telah disemadikan hari ini. - UTUSAN ONLINE