Tangkapan seorang lelaki berusia 22 tahun di bandar raya ini, petang semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang ditahan setakat ini seramai 14 individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, lebih ramai lagi individu akan ditahan selepas ini. 

"Kejadian berlaku di antara individu (mangsa) mengenai hutang pengedaran dadah. Perkara itu dapat dipastikan setelah membuat tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki dan perempuan di Pulau Pinang, Rabu lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE