Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, suspek berusia 30 tahun dituduh mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Seorang guru pusat tahfiz tersebut hadir bersama kesemua mangsa pada 13 September lalu bagi membuat laporan polis.

"Sembilan pelajar berusia antara 11 hingga 16 tahun memaklumkan kepada guru mereka itu mengenai perbuatan suspek yang mencabul dan meliwat mangsa," katanya dalam satu kenyataan, di sini malam tadi.

Zainuddin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta tampil melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. – UTUSAN ONLINE