Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk Gan Tian Kee berkata, beberapa lagi pelajar lain telah tampil memberikan keterangan kepada polis selepas tiga mangsa membuat laporan polis sebelum ini.


Menurutnya, polis tidak boleh mendedahkan jumlah pelajar yang tampil membuat laporan dan keterangan kerana kes itu sudah ditutup.


“Polis akan memberikan kaunseling untuk membantu mangsa mengembalikan keyakinan diri,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas majlis serah terima tugas Timbalan Ketua JSJ (Risikan dan Operasi) di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.


Suspek berusia 54 tahun ditemukan mati dipercayai menggantung diri pada Selasa lalu selepas tiga pelajar sekolah terbabit berusia 14 dan 15 tahun membuat laporan polis sehari sebelum itu.


Mangsa mendakwa diliwat dan dicabul oleh suspek sejak Mei tahun lalu hingga Mac lalu. - UTUSAN ONLINE