Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, lebih 200 kes jenayah dapat diselesaikan termasuk kes ragut dan curi kenderaan.


“Kerjasama yang baik antara penduduk dah polis yang menjadi faktor utama kes jenayah semakin berkurangan.


“Sebab itu penduduk tidak perlu takut untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah yang berlaku supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya selepas merasmikan Program Balik Kampung sempena Tahun Baharu Cina di pasar pagi Jinjang, Sentul di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.