Kejadian berlaku semasa ibu mangsa berusia 37 tahun yang bekerja syif malam, menghantar anaknya untuk dijaga oleh rakannya itu di sebuah rumah kelab di tempat mereka bekerja pada pukul 9.40 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya menyiasat kes tersebut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2011 (Pindaan 2016).Katanya, lelaki berkenaan yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Kangar di sini. - UTUSAN ONLINE