Ab. Rahman Ismail

Ketua Polis negeri, Datuk Dr. Ab. Rahman Ismail berkata, bagi tempoh tersebut, sebanyak 514 kes jenayah berkaitan narkotik dilapor­kan tahun ini berbanding 458 kes pada tahun lalu.

Menurutnya, berlaku penurunan sebanyak 4.38 peratus atau 3,198 kes bagi jenayah-jenayah lain dalam tempoh itu berbanding 3,345 kes tahun lalu.

“Dalam tempoh lapan bulan tahun lalu, jenayah jalanan mencatatkan sebanyak 452 kes, manakala jenayah kekerasan sebanyak 381 kes.

“Namun tahun ini, jenayah jalanan mencatat penurunan sebanyak 48 kes atau 30.19 peratus, manakala jenayah kekerasan menun­jukkan penurunan sebanyak 73 kes atau 16.08 peratus,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Menurut Ab. Rahman, jenayah harta benda turut mencatat penurunan seba­nyak 74 kes atau 2.56 peratus iaitu sebanyak 2,817 kes tahun ini berbanding 2,891 kes tahun lalu.

Ujarnya, penurunan kadar indeks jenayah di negeri ini merupakan hasil kerja keras pasukan polis serta kerjasama baik yang diberikan masyarakat.

“Kita berterima kasih kepada orang ramai yang ba­nyak membantu menyalurkan maklumat sehingga kadar jenayah di negeri ini dapat dikurangkan,” katanya.