Ang Boon Leong, 41, dan Lim Sin Chye, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan pilihan dibacakan di depan Hakim Datuk Seri Mariana Yahya.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua mereka pada awalnya dituduh bersama empat lagi tertuduh dan dua yang masih bebas kerana dengan niat mengurung secara salah serta rahsia, Datuk Chin Yoke Choon, 53, kira-kira pukul 5.55 petang pada 26 Disember 2015 di kawasan letak kereta Hotel Sri Manja Boutique, B2-34 Jalan IM7/1, Bandar Indera Mahkota di sini.

Kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 3(1) Akta Perculikan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh digantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan. 

Bagaimanapun, kedua tertuduh ditawarkan pertuduhan pilihan mengikut seksyen 365 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Pendakwa Raya, Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Muhamad Asyraf Md. Kamal manakala tertuduh diwakili peguam S.Parameswaran. - UTUSAN ONLINE