Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, suspek berusia 23 tahun ditahan ketika bersembunyi di rumah sewanya di Kampung Pinang, Air Itam di sini.

Katanya, polis masih mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai terlibat memukul mangsa dengan topi keledar dalam kejadian Sabtu lepas.

Sementara itu, Anuar memberitahu, lelaki berkenaan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE