“Kakitangan DBKL terbabit baru tampil tengah hari tadi untuk beri keterangan, jadi saya harap kita tunggu hasil siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun nyaris maut selepas terkena tayar basikal yang dibuang dari tingkat atas flat dalam kejadian di Blok 41 PPR Gombak Setia di sini.

Susulan itu, mangsa, Muhammad Iqmal Abdul Razak, terpaksa menerima 15 jahitan di kepala selain luka pada bahagian siku. - UTUSAN ONLINE