Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) dalam masa terdekat.

"Kita akan serahkan kertas siasatan dan tindakan lanjut kita hanya tunggu daripada DPP," katanya dalam sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Peringkat Bukit Aman anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini, hari ini.

Sebelum ini, Namewee ditahan berhubung klip video terbaharu yang menimbulkan provokasi terhadap sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Penyanyi itu ditahan di Bukit Aman susulan empat laporan polis yang dibuat terhadapnya. - UTUSAN ONLINE